Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2009

selamat hari raya

rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin.

terima kasih  kepada noma bee kerana berjaya menjadi kawan pertama yang beraya di rumah aku. kehasiran anda sangat saya hargai.

kepada kawan² yang lain, jemputlah datang ke rumah. Saya pasti gembira. . .:)

hari nih aku kembali kepangkuan emak aku lagi sebab nak bantu² kenduri pertunangan aku. ceh. . gurau. . .

bukan tunang, tapi kenduri doa selamat untuk kami berangkat ke haji. awal kan? ini memandangkan sebab ini jeklah hari terakhir yang kami sekeluarga akan dapat berkumpul bersama  memandangkan adik² tersayang masih di tanah air tercinta. Malam nih jam 11 penerbangan adek bongsu aku ke tempat belajar nya. . .seterusnya isnin nanti satu lagi adek akan meninggalkan kami untuk berjuang mengejar segulung ijazah. . .Harap² akan dapat jumpa lagi at secepat mungkin. . .

i love u all. . .

Read Full Post »

Esok cuti . . .yeayyyyyyyyyyyy!!! Ini bermakna genap seminggu aku tak makan nasik. . Akhirnya aku berjaya. . yeayyyy!!!

Tahniah untuk diri sendiri. Aku dan MAbel mempunyai kegilaan baru.

Oleh kerana aku telah berjaya membuat kek pisang bersama Mabel. Usaha dan keterujaan aku tidak berhanti setakat itu, aku meneruskan untuk membuat 1 lagi kek pisang tengahari tadi.

Selepas waktu pejabat, aku meneruskan lagi dengan membuat kek cokelat dan kek pisang cokelat lagi!!! yeayyyyyy!! Masalahnya sekarang takde siapa nak makan. Jadi aku menekan loceng jiran² tetangga untuk mengagih²kan hasil air tangan aku ngan mabel.:)

Seronok tau buat kek. Nampaknya kesedihan aku bersama biskut conrflakes yang bertukar menjadi MUFFIN CONRNFLAKES akhirnya terubat jugek. . .

Aku tetap tidak putus asa untuk terus surfing dan bertanya kepada teman² memandang stok cornflakes aku masih ada.

Sesungguhnya aku tidak pernah berdukacita di bulan puasa seteruk ini, walaupun sudah hampir 2 minggu tetapi atas sebab kesihatan dan hal² yang tak dapat dielakkan aku sempat berpuasa 1 hari sahaja. Aku harap minggu depan aku akan dapat terus berpuasa.

Masih mengharapkan untuk bertemu dengan malam lailatul-qadar. Semoga Allah mengampunkan dosa² dan kerterlanjuran dan keterlampauan aku yang sengaja ataupun tidak sengaja. Semoga sahaja aku diterima baik untuk menjadi tamuNYA di sana nanti. Amin.

Sedar atau tidak, bulan depan MUNGKIN aku berangkat ke tanah suci. Teman² sudah mula berjinak² untuk memanggil aku HAJAH walaupun aku entahlah. . taklah rasa marah tapi  mungkin kerisauan aku yang lebih aku tumpukan. Jadi aku malas untuk melayan perkara yang remeh yang kalau hari² normal biasa pasti aku akan rasa sedikit rimas dan lemas.

Risau jugak, walaupun sering aku katakan aku masih belum bersedia tetapi aku masih belum berubah, masih di takuk lama. Aku dapat rasakan seperti final countdown untuk final exam. Mungkin berjaya atau tidak, mungkin dapat bersedia atau tidak. Aku harap aku akan dapat membuat persediaan.

Aku hampir melengkapkan rukun Islam kelima.  Aku berharap aku akan dapat menjadi seorang muslimah yang sejati. Sering membuat orang gembira, sentiasa ikhlas dan tidak menyakitkan hati dan yang paling penting sangat cinta untuk beribadah.

Sesungguhnya aku berasa sangat tidak keruan sekarang. nak menangis pun ada. . . Aku rasa sedih ar. Kenapa aku tetap macam nih. . .

Petang tadi aku dah beli barang untuk buat biskut raya walaupun mak dah pesan tak payah buat kuih tahun ni. Tapi aku tetap SANGAT semangat untuk buat biskut raya. Nak buat jugak. . .esok nak buat biskut oat dan biskut cornflakes. Sepa nak, mehla datang cni. . .FOC. bawak balang sendirik. .while stock last. .

Read Full Post »

Pernah tak?

Pernah tak rasa bosan sampai maksimum? dan berapa tahap maksimum anda?

Kadang² aku terfikir jugek sampai bila aku nak macam ni? sampai bila aku nak hidup dalam kegemukan. Sedangkan Kyra yang baru lepas bersalin pun sedang mula kembali ke arah kurus. Aku bosan dengan lambakan baju² aku yang vogue² tetapi sekadar bergantungan di dalam almari.

Kebosanan aku menyebabkan aku melayari resepi biskut cornflakes di waktu pejabat. Hihihi. . .Kunonnya itulah biskut yang paling senang. Selepas waktu pejabat dan dipersetujui oleh collegue tersayang aku, si Mabel. . kami ke supermarket untuk membeli barang biskut tersebut dan memula operasi kami selepas itu.

Malang tidak berbau, biskut cornflakes yang aku contoh telah menjadi mini muffin masin dan aku rasa SANGAT SAKIT HATI dengan perkara ini. . .arggggghhh!! Aku gagal. Sudah acapkali aku gagal dalam pembikinan biskut atau kek.

Kenapa ya? Tangan aku ke yang tak sesuai, atau sebab aku menggunakan dextrose powder yang dah expired. Alahai. . Tak bahaya dextrose expired tuh. Ala. . gula kat rumah pun pakai bertahun n sampai bersemut, buang semut, semut datang lain. . pun tetap digunakan sehingga habes. .

Terima kasih Mabel kerana semangat untuk membantu aku menyiapkan 2 butter yang aku rasa sangat kecewa. Terus ke pasar malam untuk membeli makanan menurutkan hawa nafsu. Aku telah membeli nasik ayam yang jelantah(beras mentah), kuih udang yang stok udang dalam freezer dah setengah tahun. . karipap manis euuuuuuwww. Aku membazir lagi! Aku tak mampu menghabiskan makanan stok kasik makan ayam tersebut. I’m sure Mork pon kalau aku sua, cuma menjeling tanpa usik sket pon. . .

Mengapa aku sangat cerewet sekarang? Atau orang Malaysia dah tak reti nak masak sedap ke dan senonoh ke?

Aku marah lagi. . .kecewaaaaaaa!!

Read Full Post »