Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2009

sahabat cina Ku

salam semua. .

lama tak blogging. Memang sekarang macam dah hilang mood . Puasa blog. Dah jarang baca blog kawan² apa tah lagi mencurhat di blog sendiri.

petang tadi buat pertama kali dalam beberapa minggu kebelakangan neh aku ke wisma persekutuan untuk meeting jawatankusa  ala² pelupusan dan tarikh luput ubat. Rasanya lama sangat tak keluar, aku asyik terperuk kat pejabat sejak puasa.

aktiviti akhir² ini yang masih tetap membosankan. Berperap di rumah macam bbq ciken dalam fridge. Huh. . . kursus flash beberapa hari lalu memang membuatkan aku sakit kepala. Aku hampir berputus asa dan naik menyampah bila kepala aku yang memang bebal IT diarah untuk membuat 1 projek ringkas.

Akhirnya aku dengan ala kadar dan tanpa berusaha keras  membuat sebuah kad hari jadi yang sangat memalukan diri sendiri dalam sejarah.

Aku masih dalam mood raya. .( raya dah habis la woi. . .)Peluang berjumpa kawan², berkunjung ke rumah kawan² dan sanak saudara sangat mengujakan walaupun sebenarnya aku memang sudah tidak begitu rajin berjalan I dunno y. .  tapi itu yang aku rasa sekarang.

memang aku sangat teruja bila kak ana datang melawat aku di sini, bersama kawan² seperjuangan dari Hospital lama memang sangat mengujakan. Rasanya macam dah lama tak bercakap dan bergembira.Itulah yang dinamakan rindu.

Sekarang ni aku selalu termenung dan TERmuhasabah diri. Kadang² macam menyedihkan jek life aku. Kadang² rasa macam tak best jek. Tapi salah aku gak. . aku yang pilih jalan hidup macam ni, tak nak berubah.

Bila teringat kawan², lucu rasanya. Macam² telatan dan gelagat.

“Lain udang, lain garam. . . .”

Kadang² seronok tgk telatah dan perangai macam² orang. . . persahabatan, keihklasan, kepura-kepuraan. Semua itu asam garam dan rencah kehidupan.

Apa nak dirajukkan. . . setiap perkara berlaku mesti ada hikmahnya.

Walaupun kadang² aku terguris, kadang² susah aku nak lupakan kisah lama yang hitam yang berlaku sepanjang persahabatan, mungkin dendam tapi aku akan sedaya upaya utk memaafkan. Tidak kurang juga telatah kawan² yang suka mengambil kesempatan. Layan jekla.

Tapi dengan  mengevaluasi mengikut piawaian diri sendiri berpandukan keserasian, keihlasan dan kesetiaan yang dapat dirasakan  membuatkan aku akan lebih berhati² supaya tidak ada pihak yang berkecil hati. win-win. Aku tak rugi dan another party tak saket hati. kan. . .

hurmm. . persediaan akhir. .  mork aku dah kasik pada makcik syidah, isteri en. B. hamster pon aku dah sedekahkan kat orang. Barang² rasanya dah cukup. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua kawan²yang sentiasa memberi sokongan dan sentiasa sayang. i love u all. semoga syifaak dan kawan² akan sampai ke rumah aku weekend neh. . .

Ada yang lagik menggembirakan, claim aku beberapa bulan lepas selamat ditunaikankan ke dalam akaun aku semalam..yeay!! Alhamdulillah. Memandangkan hampir hujung tahun, nampak macam gamen dah jatuh miskin pulak. Mungkin pentadbiran baru yang masih setahun jagung sukar utk mengendalikan kewangan. Huhu. . .Malsah tak dapat claim perjalanan, skrining claim oncall yang sangat ketat dan macam² hal lagi.

Borang pindah aku dah selamat di KKM. Sebenarnya aku masih dalam dilema utk pindah. Aku masih mengharap lelaki kaya itu hidup bersama dengan. letih dengan kerja di pejabat. Kadang² rasa macam si bodoh. Aku masih berharap utk jadi seorang yang bijaksana agar dapat membantu orang ramai dengan lebih cekap.

Mabel dah mula ke stor utk belajar proses purchasing. Semua benda berlaku seperti sudah dijangka. Aku yang menyampah dengan penglibatan dalam pengurusan stor  yang membosankan akhirnya dapat melepaskan diri untuk sementara waktu.

Sekarang yang masih dalam dilema adalah borang pengesahan jawatan aku. Sama ada pilih skim pencen atau kwsp. aku berat ke pencen tapi kwsp pon ok gak. nanti bolehlah aku keluarkan beli rumah. hehehehe. berangan jek aku. Aku tak harap untuk berkhidmat dengan kerajaan hingga hujung nyawa tapi aku rasa buat masa inilah yang paling  menjamin dalam dunia. .hihi. . . Sekurang²nya aku ada kad pencen memandangkan biaya perawatan sekarang sangat mahal.

Ala lepas seploh tahun dah boleh pencen. dapat duit pencen lamabt pon xpe. . .

Aku dapat membayangkan ubat² mahal yang perlu aku beli nanti. Takkan nak harap dengan kawan² setiap bulan .

Hari neh aku ngan Mabel berpakat untuk membeli xenical dari salesrep roche.

Aku survey harga kat farmasi luar gak. Agak mahal gakler, harga kawan² pon cuma dapat kurang seposen. Adat bisnes. Takkan aku nak hancurkan bisnes orang laks. n harga dari rep roche tuh sangat berbaloi² sehingga kami tidak berat hati untuk makan di kings hotel dengan dengan gembira skali. Terima kasih Mabel sebab belanja. Mabel adalah sahabat cinaku yang suka pakai baju kurung dan sangat cerdik serta baikhati. Aku sangat bergantung pada dia. Dari perkara peribadi hingga perkara rasmi di pejabat, aku memang sangat memerlukan Mabel. TQ Girl. . u rock!!!

Advertisements

Read Full Post »

Salam 1 Malaysia. . . Aku sekarang dalam moodless. . .semua tumpuan aku adalah untuk persiapan haji yang bakal menjelang. Hari neh sepatutnya en. azam,  staf aku di tempat kerja bakal berangkat sebagai medical team untuk bertugas di sana. Semoga aku akan berjumpa beliau di sana.

Alhamdullilah semua urusan berjalan dengan sangat lancar. Aku jek yang belum cukup bekalan dan persiapan. Masih belum  cukup rasanya perispan diri.

Malam tadi aku berbual dengan reza tentang kawan² lama. Selalu aku sangat teruja tetapi sekarang tiada perkara yang mengujakan aku. Tetapi akhir² ini banyak sangat benda yang aku teringin. kenapa ya? Mungkin PMS. Aku juga lebih sensitif dan cepat terharu. Dalam suasana yang mengharukan apatah lagi bila kecewa, senang saja mata aku berkaca.

Mak aku pula melayan aku dengan sangat baik memandang aku banyak berdiam diri dan sering mempamerkan senyuman plastik.

Hari ni hari terakhir aku kursus flash. Aku gembira dengan ilmu baru ini. Terima kasih.

Lepas maghrib nanti pula aku dapat jemputan rumah terbuka kak Yusni selang 1 tingkat di bawah apartmen aku.. InsyaAllah aku pasti sampai.

Walaupon aku setiap hari online. Mood blogging aku tiba-tiba lesap sama sekali. dah bersawang mungkin berhabuk. Baca blog kawan² yang lain pun dah jarang. Padahal itulah perkara utama bila aku mula online.

Selasa depan aku balik rumah mak lagi, kali ini untuk memeriahkan keberangkatan makcik dan pakcik aku ke tanah suci. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Semoga aku dapat berjumpa dengannya nanti.

Rasa berdebar² dan tidak sabar untuk ke tanah suci. Walaupun rasanya belum cukup ilmu di dada, walaupun rasanya masih belum bersedia tapi aku dah nekad. Aku pasti ke sana. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Semalam terkeluar dari mulut aku waktu makan fish n chip kat secret recipe ngan kat siti,

“Kalau saya meninggal kat sana macam mana ya?”

Ajal dan maut di tangan Tuhan. Kita manusia hanya mampu berusaha.

Read Full Post »

open-hse

kursus penulisan teks ucapan memang sangat membosankan. . .tersengguk-sengguk menahan mengantuk.alahai. malam tadi sempat aku ke rumah tuah lepas balik dari kursus. terima kasih tuah.

Letih.Macam tak larat  jek nak berkomunikasi dengan tamu yang hadir. nasib baik ada 3 trainee yangslalu aku bawa beraya sekurang-kurangnya selain memeriahkan beraye adalah jugak peneman nak balik malam-malam.

sekejap lagi nak siap2 ke kursus penulisan teks ucapan lagi.huh

Read Full Post »

alhamdulillah. . .tarikh penerbangan telah pun diberitahu  . .27 okt  bakal menempa sejarah untuk aku berangkat menunaikan haji . . .rasa teruja berselang seli dengan  rasa khawatir.

aku harap semuanya berjalan lancar. aku selamat menjalani kursus perdana kemarin di masjid besar melaka. manakala mak bapak maknah dan cik don kursus di masjid shah alam.

bila kaki aku melangkah masuk ke perkarangan masjid aku dapat mendengar ayat quran yang sangat menggegarkan jiwaku menyebabkan aku menangis. aku masih keliru apa perasaan yang aku alami. tetapi apa yang aku rasa sekarang betapa aku sangat alpa dan lalai tapi aku masih terus diberi peluang dan terus diberi. aku  yang tidak bersyukur . . .aku sangat malu.

Read Full Post »