Alhamdulillah. . .akhirnya aku berjaya menunaikan rukun Islam ke-5. . .
Dengan penerbangan KT 25 pada tanggal 27 Oktober 2009 bermulanya kenangan yang takkan aku terlupakan. . .
Aku selamat pulang pada 12 Dec 2009 seperti yang dijadualkan tanpa sebarang penundaan. . Alhamdulillah. . .
Sebenarnya aku sangat gementar untuk menunaikan Haji. Maklumlah aku ni taklah sebaik mana. . .tapi seruan Haji aku mungkin datang lebih awal dari teman-teman yang lain.
Aku harap selepas ini aku dapat lebih menghayati Islam dan dapat menunaikan tanggungjawab seperti yang yang telah aku lakukan di tanah suci.
Penerbangan kami terus ke Madinah. 8 hari di Madinah aku tidak dapat sepenuhnya solat 40 waktu atas sebab keuzuran wanita. Mungkin itu motivasi aku untuk datang lagi menziarahi makan Rasulullah saw.
Jadi oleh kerana terlalu banyak masa lapang. . aku mengambil peluang untuk SHOPPINGGGG!!!! Hehehe. . . ala kadar jek. . . disamping aku mencari teman² yang bertugas di sana seperti Kak Linda dan En. Azam.
8 hari di Madinah berlalu sangat cepat, akhirnya kami bergerak ke Makkah Mukarramah dengan berniat umrah. Di perjalanan kami singgah di Wadi Kudait (if I’m not mistaken) untuk berhenti rehat dan makan nasik mandi. . .sedap sangat. Alhamdulillah.
Perjalanan yang sepatutnya 6 jam menjadi panjang selama hampir 9 jam. Mungkin sudah ramai orang mau berangkat ke Mekah. Sampai di Mekah kami terus berehat memandangkan hari sudah malam.
Subuh besoknya aku terus ke masjidil haram seorang diri kerana terlalu teruja untuk melihat Kaabah. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Aku pun pelik, bila di Malaysia aku selalu sesat dan susah untuk menghafal jalan. Tapi di tanah haram aku diberi kemudahan untuk ke mana sahaja. Bayangkan aku berjalan seorang diri yang aku pun tak tau di mana letaknya masjidil haram dari hotel. . aku berjalan mengikut gerak hati dan agak² jek.
Alhamdulillah. . Sesungguhnya Allah Maha pengasih dan penyayang.
Bila aku mengenangkan hal ini, pasti akan berjuraian air mata.
Aku yang dipenuhi dosa masih dapat kemudahan dari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Aku bersyukur.
Sebelum berangkat aku memenuhi keperluan ubatan aku dengan mengutamakan ubat-ubat lenguh kaki, minyak panas, patch etc memandang kalau aku berjalan di Jusco hujung bulan pasti kaki akan mengalami masalah akibat dari obesiti yang aku alami. . heh.
Tapi Allah Maha Bekuasa dan berkehendak, Maha mendengar permintaan hambanya yang hina ini, ubat yang aku bawa langsung aku tak sentuh, aku berjalan berkilo-kilometer setiap hari. Memang sangat ajaib. Allah Maha besar. Jadi aku sedekahkan ubat-ubat aku pada yang lebih memerlukan.
Sementara menanti hari wukuf di arafah, kami beribadat kepadaNYA memohon keampunan untuk penyucian jiwa.
Sesungguhnya aku sangat risau menenti hari wukuf. . setiap waktu pastu aku akan berdoa untuk dipermudahkan urusan haji aku sehingga selesai.
Terima kasih kepada Dato Mohd Daud Che Ngah selaku pebimbing kami di Andalusia atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan masukan yang telah diberikan.
WUKUF DI ARAFAH
Kami bergerak sehari awal, pagi-pagi lagi kami dah bersedia untuk ke Arafah. Perjalanan kami diiringi dengan gerimis. Hujan lebat bersama kilat, petir dan guruh menyambut kedatangan kami di arafah. Khemah kami habis basah, bantal dan tilam yang diberi sukar untuk diselamatkan dari tempias hujan. Akhirnya malam itu kami tidur dalam gelita dan kesejukan dan kebasahan.
Bangun pagi aku bersemangat untuk wukuf. Aku mengasingkan diri dari teman-teman sekhemah, duduk di luar khemah, muhasabah diri dan bersedia untuk wukuf. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehingga tenggelam matahari. Aku dapat melihat awan mengukir kalimat ALLAH waktu wukuf petang itu.
BERMALAM DI MUZDALIFAH
Kami menunggu bas untuk ke Muzdalifah. Giliran aku adalah bas yang terakhir-akhir. jadi hampir tengah malam kami tiba di sana. Aku mengutip batu-batu kecil seadanya. Ngantuk pula rasanya.
BERMALAM DI MINA
Subuh kami berangkat ke Mina. Sesungguhnya aku sangat kasihan dengan orang-orang tua yang kurang upaya. Aku rasa aku yang muda ini pun sepenuh tenaga berkejar ke sana ke mari, menunggu dan merebut bas dan macam-macam lagi dugaan. Aku juga terpisah bas dengan Ibu. Mujur Ayah setia menemani.
Sampai di Mina, aku mencari khemah. Berehat dan bersedia untuk melontar Jamratul Aqabah dan tahalul awal. walaupun ditegah oleh pihak Tabung Haji untuk tidak melontar, tetapi rombongan kami seramai lebih kurang 30 orang tetap berdegil utk terus melontar memandangkan ada dari rombongan kami ingin melepaskan diri dari masalah kekurangan khemah di Mina. Dari menanti-nanti entah sampai bila untuk mendapatkan khemah, lebih baik terus pergi melontar.
Semuanya berjalan lancar. Cuma aku lihat kepala Dato’ Sri di hadapan aku luka-luka kecil terkena batu. Aku membantu untuk membersihkan darah di kepala beliau. Aku tidak tau jarak yang tepat dari khemah kami ke jamrah. ada yang cakap 4km. Ada yang cakap 10km pergi balik.
Tapi yang pasti cukup jauh untuk mengeraskan kaki aku. Tapi seperti yang aku cakap, Alhamdulillah, aku tidak rasa sakit langsung. hari-hari seterusnya kami meneruskan ibadat melontar ketiga-tiga jamrah kami selama 3 hari.
Suasana di Mina memang tidak selesa, maklumlah tinggal di khemah, kurang bilik air, harus tunggu sehingga berjam-jam kadang-kadang untuk giliran masuk bilik air.
Alhamdulillah aku di permudahkan, perut aku tak nakal, tak meragam. Semuanya berjalan dengan baik. Aku langsung tidak mengeluh. Malah aku lebih insaf dengan keadaan yang aku alami di sini.
Selesai di Mina, kami pulang ke Makkah untuk tawaf dan sai’e. Aku mengajak bapak untuk tawaf dan sai’e di tengah malam. Kurang sesak.
jam 1 pagi kami ke masjid. Selesai sai’e jam menunjukkan 3.30 pagi. Kaki aku mula merasa lenguh yang teramat sangat. Aku membiarkan bapak pulang sendiri memandangkan aku sudah tidak berdaya untuk pulang ke hotel kami sekitar 300m dari pintu No 1 Masjidil Haram.
aku wuduk di tempat air zamzam. sambil menjirus kaki aku berniat agar dihilangkan kesakitan di kaki aku.
Memamng ajaib, berkat aiz zamzam dan keizinanNYA dengan keyakinan aku, kaki aku hilang sakit sekelip mata. Subhanallah. Perkara-perkara yang sebegini selalu membuatkan aku sayu, malu dengan diri aku sendiri. Rasanya alangkah bagus sekiranya aku adalah pokok, batu atau apa sahaja benda lain yang sentiasa bertasbih kepadaNYA.
Aku manusia yang lalai dan alpa, iman setipis kulit bawang. Ya ALLAH , yang maha pengasih, maha penyayang, kepadaMU lah ku berserah, kepadaMulah ku meminta pertolongan, Ampunkan segala dosa-dosa ku. Amin
Sepanjang di Masjidil Haram aku senang sekali solat di tingkat atas sekali beratapkan awan. Katanya musim haji sahaja yang dibuka untuk wanita, musim lain wanita tidak dibenarkan naik di situ. Aku suka solat subuh, maghrib dan isyak di situ. Aku melihat perubahan siang ke malam dan malam ke siang. Aku melihat awan berarak. aku menyaksikan indahnya ciptaan Ilahi. Masa-masa aku di tanah suci, aku banyak bersendirian. Muhasabah diri, meratapi dan menyesali doa-dosa lalu.
Aku rasa malu dengan Pencipta. Aku terasa aku sangat hina. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Semoga semua dosa-dosaku terampun. Aku takut, iman aku yang setipis kulit bawang ni akan hilang bila pulang nanti. Ya Allah Ya Tuhanku, KAU peliharalah diriku.
Kita memang selalu menimpikan yang terbaik, kita mampu merancang, ALLAH menentu segalanya. besar harapan aku untuk menjadi Muslimah Soleha yang dijanjikan syurga seperti Asiah, Maryam atau Siti Khadijah etc. Mampukah aku?
Sebenarnya memang banyak kejadian luar biasa sepanjang perjalanan haji musim ini yang memang membuatkan aku SANGAT kagum dan bangga sebagai hambaNYA.
Walaupun aku tidak dapat mengucup hajar Aswad, walaupun aku tidak dapat solat di Hijr Ismail, walaupun aku menunaikan Haji dalam kesejukan tetapi aku tetap bersyukur. Semoga segalanya akan menjadi motivasi aku untuk ke sana lagi. Amin.
alhamdulillah yat. dah selamat pergi dan kembali.
alhamdulillah, rezeki kau menunaikan ibadat haji dan menjadi tetamu dah sampai lebih awal
seronok baca kisah kau tentang kebesaran allah disana
Alhamdulillah yatz…semoga mendapat haji yang mabrur ye! dan, moga2 doa di Makkah makbul semuanya..:)
hai yat..blog baru ye