Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2017

menjelang ramadhan selalu aku memang pasang niat macam-macam walaupun kadang-kadang bercanggah antara satu sama lain. misi ramadhan aku sasarkan 30% pon dah ok sangat tuh. memandangkan ada yang tidak capai langsung sebelum ni.

  1. tadarus (100%)
  2. puasa cukup ofkos (so far so good)
  3. say no to bazaar ramadhan (2 hari gagal)
  4. berbuka puasa dan terawikh di masjid (gantung periuk) -(belum lagi)
  5. kurangkan carb dan air manis (almost there)
Advertisements

Read Full Post »

TADARUS

Alhamdulillah sebab ada tadarus di bulan ramadhan di pejabat, aku dapat juga luangkan masa untuk mengaji. Kadang-kadang perkara yang mudah tapi kita yang terlalu ambil mudah (akulah tuh).

Malu aku padaNYA. dahlah banyak dosa, mengaji pun tanak. . tahun ni aku partner dengan kak aza. kami kena ngaji dari juzuk 24-juzuk 27. so far kami dapat juzuk yang paling banyak. mungkin sebab juzuk nya pendek? yeke?

kami ok jek. . . kami mengaji sehari sekurang-kurangnya 4 pages. harap boleh cepat khatam. walaupun aku mengaji tak lancar, harap Allah dapat maafkan aku.

Read Full Post »

Ramadhan day 5

azam this year tanak g bazaar ramadhan. . .aku rasa kena pergi bazaar ramadhan dulu baru dapat azam taknak pergi.

Ramadhan Day-1 dah gagal. Sebab malas nak buat kuih dan memenuhi kehendak anak-anak yang berpuasa, so terpaksalah pergi bazaar ramadhan banting sambil survey market price . Not bad harga lebih kurang sama macam tahun lepas.

Ramadhan day-2 pun masih gagal di mana menyinggal ke bazaar seri muda untuk membeli kuih muih. dan di sini bermulanya azam sebab :

  1. harga kuih dah naik harga (jadi 50 sen seketul)
  2. popia basah kering yang cenonet pon (80 sen seketul) bukan macam popia ss ali.
  3. memang tak sedap langsung (ampunkan aku Allah)
  4. kuih sedap laks kne beratur macam nak keluarkan br1m(kuih tako)

so kesimpulannya aku berjaya menyicip dan menghabiskan seketul setiap jenis. so selebihnya? kalo simpan, komfem simpan dalam tong sampah. .  so pack cantik2 bagi pada guard nepal tak bawah.

Ramadhan seterusnya aku berjaya tanpa ke bazaar mengenangkan pembaziran yang berlaku.

so projek seterusnya berbekalkan

  1. tepung pulut 500gram – rm3.70
  2. kelapa parut sebijik – rm2.50
  3. gula melaka seketul – rm1.50
  4. Daun pandan : FOC

TOTAL : 7.70

aku berjaya membuat 2 jenis kuih tanpa pewarna dan pengawet tiruan yang berbeza untuk 2 hari :

  1. day-3: buah melaka(lebih 30 biji)
  2. day-4: puteri mandi (lebih 40 biji)

ramai dapat merasa dan semua orang pon happy.

Hari ni nak masak sambal sotong n kuih tako. sotong dah rendam. nyam nyam. . .

 

 

 

Read Full Post »

Alhamdulillah tahun baru ni dah nak masuk bulan ke 6. Sekejapnya masa berlalu. . .

Kalau nak kurus, memang dah lama kurus.hihi

Hari ni,  aku didatangai cleaner lebih mesra dipanggil kak ani. . terharu rasanya bila kak ani beria mencari aku sebab nak menapaukan aku  nasi dagang dari tingkat atas.

Katanya ada makan-makan untuk menyambut ramadhan . . katanya sedap nasi dagangnya .

Kadang-kadang benda kecil pada pandangan seseorang tapi besar nilainya.

Read Full Post »